Wednesday, 23 September 2015

KERANA REDHA

Bismillahirrahmanirrahim...

Kerana redha kita akan membuatkan orang lain rasa bahagia.
Segala yang berlaku atau terjadi dengan izin Allah. Jika ada yang "menghadiahkan" air mata pada kita, itu tandanya Allah sedang mendidik kita tentang sifat sabar. Manusia yang menyakiti hanyalah sebagai penyebab, jika kita pandai melihat dengan mata hati, sebenarnya Dia sedang mengajar kita erti redha.

As we know kan, kita bukanlah malaikat untuk terus pasrah tanpa terusik oleh sedikit rasa terluka dek kerana tercalar dari cakaran manusia. Ada saat-saatnya kesabaran yang kita miliki walau sekukuh mana kita pertahankan sudah tidak ada, dah sedikit tawar, air mata itu akan tumpah akhirnya. Segala rasa yang ada di dalam jiwa kita sekarang, kita redha kerana kita juga akan membuat orang lain rasa bahagia.

Aku cuba untuk bahagia dengan kebahagiaan orang lain.Terimalah hakikat bahawa kita bukannya "Tuan Punya Dunia" yang mencatur rezeki dan segala nikmat untuk setiap dari hambaNya. Keimanan kepada Tuhan akan menimbulkan rasa sabar untuk kita menghadapi setiap mehnah dari orang-orang yang kita sayang dalam hidup ini.

Once bila kita rasa tertipu,diabaikan,dipermainkan,dipersendakan dan tidak dihargai, sedarlah yang tercabar itu bukan harga diri kita tetapi keegoan kita. Harga diri kita itu milik kita selamanya. Tidak akan pernah luput dan dapat dicabut oleh sesiapapun. Biarlah kita tidak dihargai tetapi bimbanglah jika kita tidak berharga di mata kita sendiri.

Bersangka baiklah walaupun terkadang keadaannya tidaklah sebaik yang kita sangkakan. Bukan menafikan realiti tetapi demi ketenangan hati.

Yes, that's it!

Ada hikmah yang tersirat di sebaliknya kan? Ada seribu satu kebaikan yang tersembunyi di belakangnya. Inilah namanya kehidupan...yang tak pernah terduga dek akal kita. Dapatkah kita membayangkan takdir kita yang ada sebelum kita melaluinya? Pastinya tidak.

Semoga kita menjadi manusia yang teguh dan cekal hatinya, walau seterik manapun panahan mentari.

#yaumularafah #gadismonolog #siapaakuitulahdia 

No comments:

Post a Comment