Tuesday, 1 March 2016

SECEBIS KAIN

Bismillahirrahmanirrahim...

Ada apa dengan cebisan kain itu? Jawabku, ada rasa selamat dan terlindung pada secebis kain yang menutupi wajahku ini. Entah, mungkin tak dapat aku terangkan dengan kata-kata kerana aura itu hanya dapat dirasai pada setiap individu yang memakainya--niqab/purdah.

Sejujurnya, bukan senang. Bukan perkara yang boleh dibuat main bahkan bukan untuk suka-suka. Pakaian sunnah yang perlu dijaga dan kita memikul tanggungjawab untuk menjaganya dengan baik. Tiga tahun aku menahan diri dari memakainya kerana belum punya ilmu tentangnya. Nak pakai, silakan. Tapi, pakailah dengan ilmu. Inshaa Allah kekal jika punya niat yang baik.

Wallahi, banyak cabarannya. Banyak dugaannya. Untuk menerima kata-kata dan persepsi orang--terutamanya family/saudara mara/kawan-kawan bahkan orang luar, perlukan satu semangat dan kekuatan yang luar biasa. Menahan sendiri rasa sakit dengan air mata bilamana tiada siapa yang mahu mendorong.

Kenapa nak pakai? Pada mulanya, bukan kerana sunnah. Tapi kerana suka. Rasa panas boleh jadi sejuk. Rasa rimas boleh jadi selesa. Rasa menyusahkan boleh jadi memudahkan--hanya kerana suka. Dan dari rasa suka, aku ingin cuba untuk terus istiqomah. Dan aku cuba mendalaminya satu persatu.

Yalah, bukan senang untuk membuat orang faham tentangnya. Bila tak faham, senang menjatuhkan hukum. Terkadang, tak tahu nak terangkan macam mana. Terkadang hanya mampu mendengar kata-kata sinis dan sindir. Tapi biarlah--lama kelamaan semua itu berlalu pergi and Allah heals everything.

Penghijrahan itu tidak mudah jika lemah. Penghijrahan itu perlukan kekuatan dan pengorbanan.

#gengninja #pahitmaniskehidupan #sabar

No comments:

Post a Comment