Thursday 24 January 2019

LONG DISTANCE RELATIONSHIP ^^

Bismillahirrahmanirrahim...

Hola! Omg lamanya tak update blog. So tonight aku rasa nak share tentang long-distance relationship a.k.a L-D-R. Memandangkan ada juga my friends yang keep asking me how to handle LDR thingy. Hmm hmm I am not really good untuk bagi nasihat dalam hal ini tapi based on my experience and my current situation yang hadap LDR ini so ya why not.


Before that, tahu tak LDR ini apa? hahaha sebab aku pernah tanya dia "Sanggup tak nak hadap LDR?" and guess what guys he said ; "LDR ini macam LDK tu lah kan?" Aku tergelak nasib baik tak keluar anak tekak hahahahaha. So semua orang boleh google ya maksud LDR is a romantic relationship between two people who are geographically separated from one another. Partners in LDRs face geographic separation and lack of face to face contact. Tak kira lah sorang kat Malaysia, sorang kat Kanada or sorang kat Kelantan, sorang kat Selangor. Ehh macam kenal? hahaha.

And ya of courselah LDR ini ada baik buruknya. Bergantung kepada pasangan masing-masing sama ada boleh jaga ke tak LDR ini sampai ke jinjang pelamin ataupun hmm tergantung tanpa tali di tengah jalan. Nauzubillahiminzalik. We all know that long-distance relationships are not easy. But we always try to make it work because we know it will be worth it in the end. Inshaa Allah.

Apa yang aku nak tekankan di sini adalah dalam LDR, both of you mestilah menerapkan nilai-nilai murni ini supaya hubungan kalian sentiasa harmoni dan tidak bertoxic: Jujur, setia, tidak sorok apa-apa daripada pasangan walaupun sekecil-kecil perkara, spend your time walau busy mengalahkan perdana menteri, saling memaafkan and bla bla bla. LAST BUT NOT LEAST, BOTH OF YOU JANGANLAH TERLALU FRIENDLY DAN MELAYAN JANTINA LAIN MAHUPUN SAMA JANTINA MELEBIHI HAD. Sebabnya, nowadays terlalu banyak kisah curang dan sesi rampas merampas bf/gf/tunang/suami/isteri orang dengan asbab terlalu friendly and melayan. 


Come on guys, kalian bukan main susah lagi nak dapat orang yang kalian cintai itu tapi bila dah dapat kalian sia-sia kan dengan alasan tak boleh berjauhan and rasa lonely tiada peneman menghibur hati yang lara. MasyaAllah, kalau begitu dari awal lagi janganlah terjebak dengan LDR sebab bila melibatkan hati dan perasaan ini tak boleh buat main ya. Kesian teraniaya pasangan kalian nanti. Tapi aku tak nafikan lah SDR pun ada je yang menghadapi situasi yang sama. Hmm.


Apapun, if ada masalah both of you kena settlekan secepat yang mungkin. Please jangan bagi melarat sampai dua tiga hari, seminggu, sebulan, setahun and tragisnya melarat sampai break up. Don't waste your time and the most important thing is don't hurt yourself. If the relationship memang tidak boleh diselamatkan lagi so you know what to do and don't repeat the same mistake. 


LDR ini seronok ya walaupun agak terseksa. Jangan lama-lama sangatlah couple. Sama-samalah usaha untuk ke next step hah contohnya kalau dah lama sangat berkawan tu bolehlah perkenalkan partner korang pada parents masing-masing so your parents acknowledge yang kalian dah ada someone special kang tak pasal kena kahwin dengan pilihan mak ayah lepastu mulalah drama TV3. LDR ini tak adalah teruk pun. Kena banyak sabar and banyak doa je lah semoga hubungan kalian selamat dari anasir-anasir jahat yang boleh merosakkan your relationship. And diri sendiri pun kena lah jaga elok-elok supaya tidak terjebak menjadi TRASH lepastu tiba-tiba nak salahkan partner dengan menuding jari atas kelemahan yang ada. Elok sikit perangai tuuu okay. Tilik diri sendiri, muhasabah diri sendiri, cari kesalahan diri sendiri dulu before tuding jari pada orang lain :) Hihiks emosi pulak kita.


The best thing about LDR for me is bila dah lama sangat tak jumpa your partner face to face, rasa rindu itu lagi banyak setinggi gunung Everest gituu kan. So, guys have faith. Semoga dimudahkan segala urusan kalian mengharungi liku-liku kehidupan. LDR is one of liku-liku kehidupan yang you guys kena hadap lah hahaha sobs sobs.


#LDR #loveiseverywhere #kawansampaikahwin

Sunday 29 July 2018

ASK YOURSELF, WHY?

Bismillahirrahmanirrahim...

Hey wassup guys long time no see.
Sorry sangat dah lama tak update blog sebab I have no time and of course I malas gila kot hahaha.

If nak cerita one by one pasal life aku, sorry nothing interesting sebab banyak benda sedih yang berlaku this year so I decided to keep the story for myself and orang-orang yang terpilih sahaja. Well, tak semua orang perlu tahu and kalau you alls tahu pun, tak semua akan faham what I have been through. So, tutup cerita. Kita cerita pasal benda lain. Hehe.

Last month, aku ada buat acccount for sarahah.com but aku dah delete because there are a lot of negative questions and sindiran yang menyakitkan hati. But ada a few questions yang aku perlu jawab kat sini. Kesian pada yang bertanya kalau tak jawab, maybe they really need my answer. If you are reading this, here we go.

"Macam mana nak istiqomah dalam penghijrahan"

Dear, keep in mind istiqomah ini susah sangat if diri sendiri tak push and mempunyai hati yang kuat untuk teruskan benda yang baik yang mana ramai orang tak buat benda itu and kita sorang saja yang nak berubah. Betul tak? So, what I did is first thing first, every single day kita kena betulkan niat kenapa kita nak berubah. Ask yourself, you hijrah for the sake of Allah or for the sake of people around you? Bila niat kita kerana Allah swt, datanglah ujian macam mana sekalipun inshaa Allah you akan terus lakukan apa yang sedang you lakukan sekarang such as tutup aurat, jaga solat awal waktu, baca quran and etc.

Don't you ever mudah terikut orang. Kuatkan semangat you dengan pergi majlis ilmu. Dekat dengan kawan-kawan yang sama dengan you which means yang sedang berhijrah and also orang-orang yang baik. Friends yang awalys support you. Family yang always doakan you. Selalu doa pada Allah swt supaya you diberikan kekuatan and Allah tunjukkan jalan yang Dia redha ke atas diri you. Please, bila you rasa nak berubah itulah hidayah Allah swt. Jangan lepaskan peluang itu! Usaha and teruskan ubah apa yang perlu kita ubah walaupun memang manusia akan hentam, kecam, cakap macam-macam pada kita. Mulut puaka manusia kita tak boleh nak tutup. Biarkan mereka terus berkata dan bersangka buruk. Hidup kita, kita jaga baik-baik. Jangan dengar kata-kata mereka yang jahat dan busuk hati.

You tanya lah pada sesiapa pun, macam mana nak istiqomah tapi kalau diri sendiri tak usaha, useless. I tell you, jihad yang paling susah adalah jihad menentang hawa nafsu sendiri. So, jangan lemah semangat. Kalau rasa hari ini nak give up, fikir balik why you nak berubah at the first place? Is it because :

"Aku dah taknak hidup dalam kejahilan. Allah swt detikkan dalam hati aku untuk berubah so aku perlu grab peluang ini. Aku nak cuba ubah hidup aku. Dunia ini sekejap je, sempat ke aku nak berubah kalau sekarang aku tangguh-tangguh?"

Or

"Aku saja je nak try sebab fesyen. Aku jadi ustaz/ustazah dalam media sosial so that orang hormat pada aku. Aku nak tunjuk pada semua yang aku ini ada ilmu agama (padahal solat entah ke mana, subuh gajah, baca Al-Fatihah pun tunggang terbalik)"

Aku selalu pesan pada diri sendiri, pupuk ikhlas dalam hati. Nak buat amalan apa-apa rujuk pada yang ahli nya. Rujuk ustaz/ustazah yang betul dan arif dalam bab agama terutamanya bila berkaitan soal aqidah. Dan nak buat apa-apa, jangan nak menunjuk pada orang. Hmmm. Risau, penyakit hati ini boleh memakan amalan kita.

Chill. Semoga bermanfaat :)

#istiqomah #ikhlaskanhati #janganriak

Thursday 1 June 2017

HELLO I'M HERE!

Bismillahirrahmanirrahim...

Hye readers. Its about 6 months tak update blog. Well, kalau di universiti memang tak sempat langsung nak buka blog sebab berkira-kira untuk menggunakan data. Lagi lama fikir nak taip apa, data pula makin habis. Haha student life kena banyak berjimat kan.

Terlalu banyak benda berlaku dalam masa setahun. Entahlah nak cakap semakin kuat atau semakin lembik? Semakin matang atau semakin prejudis? Semakin positif atau semakin negatif? Hmm. Yang aku tahu, semakin banyak ujian, semakin dekat dengan Tuhan. Semoga juga semakin baik dari semalam.

12 May 2017, Tarikh paling keramat untuk tahun 2017. Alhamdulillah syukur. Its my birthday and my final result for semester 2. Tak tahu nak percaya ke just nak anggap ini hanyalah mimpi semata. Siapa tak happy and in the same time cuak gila kot nak tahu result! Alhamdulillah again, atas segala doa dan kata-kata semangat selama semester 2 lepas. Syukur, kejayaan yang Allah bagi bukan atas usaha aku semata. Yeah, like a previous post kan, rasa terbalas semula kegagalan aku yang lepas-lepas. Apa yang penting, aku puas dan my parents bahagia.

27 May 2017, Alhamdulillah dapat lagi berjumpa dengan bulan Ramadhan. Satu nikmat yang sangat besar bagi umat islam. Hari ini dah hari ke-6 Ramadhan. Siapa yang dah ponteng terawih itu memang rugi lah bagi aku sebab sebulan saja kita bertemu Ramadhan kot. Why not gunakan sebaik mungkin? Walaupun ia sekadar solat sunat. Banyak kebaikan yang kita tak nampak thats why suka-suka ponteng terawih. Ini dah nak habis 10 malam awal, agaknya 10 malam pertengahan ramai lagi ke berkunjung ke rumah Allah? Hehe.

And how time flies, today is already 1st Of June 2017. Dah setengah tahun 2017 guys! Bila fikir balik, apa aku buat dalam hidup ini. Macam kosong je. Semoga sempatlah kita bertaubat sebelum menghadap Tuhan. Sepanjang bulan Ramadhan ini, bagi aku sangatlah bulan yang baik untuk didik diri bersihkan hati kita and perbetulkan amalan serta akhlak kita. Tak kiralah in real life and social media. Seriously, masalah hati sangat banyak kot sekarang.

Ramai yang menegur aku, Alhamdulillah aku berlapang dada menerimanya. Tapi cara menegur itu aku tak pasti nak tegur ke nak sindir? Haha. Apa pun, thank you so much for everything. Sama ada kalian lovers aku or haters aku, don't worry I still love you. Aku tak ada nak dendam or pendam apa-apa sebab di akhirat sana bukan senang. Maafkan aku kerana tak dapat nak puaskan hati semua sebab aku adalah aku--manusia yang banyak dosa. But, inshaa Allah aku cuba ubah mana boleh ubah. Cuma satu pesan aku, If you don't know anything about my life, please don't simply judge or cakap apa-apa. Lets take care of ourselves and make an improvement. Lets share the good things and be nice to people.

Happy fasting, semoga ibadah kita diterima. And istiqomah!

#bulanmulia #cakapyangbaikbaik #doayangbaikbaik

Tuesday 15 November 2016

LIFE IS BEAUTIFUL, RIGHT?

Bismillahirrahmanirrahim...

(Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, aku menulis post kali ini dengan penuh rasa syukur dan rendah hati)

Sambil berbaring semalam, mulut dan hati ini tak hentinya mengucap syukur Alhamdulillah kepadaMu ya Allah.

Alhamdulillah 'ala kullihal. Makbulnya doa aku, doa mama dan abah, doa kawan-kawan jika bukan dengan izin Allah, pasti tiada apa-apanya. Entahlah, tak tahu nak mula macam mana -- sebab terlalu sebak dan gembira.

Aku rasa, nikmat kali ini sungguh berbeza kerana aku dapat melihat senyuman gembira pada wajah mama dan abah. Alhamdulillah, result semester 1 yang begitu tidak terjangka. Mungkin melebihi dari apa yang aku target dan usaha aku. Allah. Rasanya result ini aku dapat menebus semula kekecewaan mama dan abah semasa spm.

Siapa yang senasib dengan aku, then you know the feelings, kan? Nak check result semalam terketar-ketar tangan pegang telefon sampai berpeluh-peluh tangan. Takutnya hanya Allah yang tahu. Takut, andai kata aku tak berjaya kali ini, apa perasaan mama dan abah. Tapi apa pun keputusannya, aku kena redha sebab itu adalah yang terbaik Allah nak bagi. That's it.

Rasa nak jerit. "Allah, terima kasih untuk nikmat ini. Terima kasih untuk kejayaan ini."

Sedikit pesan aku kepada kawan-kawan yang belum berjaya atau yang sedang menerima kejayaan (juga pesanan untuk diri sendiri) sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah bagi. Apa yang menjadi hak milik kita pasti Allah akan beri. Apa yang sudah ditakdirkan untuk kita, pasti akan menjadi milik kita. Tapi, jika bukan milik kita, memang tidak akan dapat walaupun dah bermati-matian kita berusaha. Jika Allah tak mengizinkan, maka ia bukan milik kita.

Sampai masa nanti, Allah akan beri pada waktu dan saat paling sesuai dalam hidup kita. Sekarang, sabar dan yakin dengan Allah. Jom kita muhasabah diri, bagaimana hubungan kita dengan Allah. Terjagakah solat kita? Ingatkan kita pada Allah saat kita senang? Berzikirkah mulut kita saat kita lapang? Allahu. Di mana Allah dalam hati kita saat kita minta kejayaan pada Dia sedangkan hak kepadaNya tidak kita laksanakan? Allahu. Istighfar.

Jangan salahkan takdir. Jangan salahkan sesiapa. Jangan salahkan diri sendiri. Bangkit. Usaha. Masih ada ruang dan masih jauh perjalanan kita kan? Hidup ini begitu indah jika kita dapat melihat semuanya dengan pandangan hikmah -- menggunakan kaca mata hati kita.

Terima kasih kepada semua yang memberi kata-kata semangat. Tak pernah bosan dan lelah sedikit pun menasihati dan menjadi sumber kekuatan untuk aku terus berdiri hari ini. Alhamdulillah, ini satu permulaan yang baik. Terima kasih mama abah, abang-abang sado 3 orang, adik, my sister-in-law, kawan-kawan rapat.

Kejayaan itu ujian. Kegagalan juga ujian. Bergantung pada kita bagaimana kita menghadapinya. Syukur dan buanglah sifat mazmumah. Nak sombong atau sedih lama-lama nak kemana? Come one. Kita usaha sama-sama lagi ya?

Syukur Alhamdulillah!

#finalresult #qowiy #syukurdanredhaisthekey

Sunday 13 November 2016

BE REAL. BE TRUE. BE YOU.

Bismillahirrahmanirrahim...

Seseorang itu...

Aku mahu menjadi seseorang;

Seseorang yang mampu tersenyum tatkala ujian menikam. Agar mereka yang lain mampu mengerti bahawa indahnya senyuman disaat teruji.

Seseorang yang masih bersyukur biarpun dihimpit kekurangan. Kerana aku mahu mereka merasai nikmatnya ketenangan dalam kesederhanaan.

Seseorang yang mampu memberi apapun. Meskipun hanya secebis harapan dan senyuman. Kerana aku mengerti bahawa manusia seperti juga aku, menagih sebuah harapan dan semangat dalam menuju sebuah impian.

Seseorang yang layak mengasihi, menyayangi apapun ada disekelilingku. Jika aku dibenci kerana aku tahu bahawa kasih sayang adalah nadi untuk mereka terus melangkah.

Seorang sahabat buat sahabatnya yang lain. Seorang sahabat yang mampu menilik 1001 rahsia kedukaan yang dipendam disebalik kerlipan redup matanya tatkala sahabatnya tak mampu bersuara dan boleh mendengar bisikan hati tatkala sahabatnya tak mampu berbicara walau sebaris kata.

Seorang hamba yang sentiasa merasa hina di hadapan TuhanNya. Seseorang yang tidak lokek mengalirkan air mata di atas tikar keinsafan. Seorang hamba yang tak akan pernah takut untuk kehilangan apa kerana TuhanNya. Seseorang yang bila matinya nanti, mampu menghidupkan jiwa mereka yang masih hidup.

Dan, seseorang yang Dia kenali meskipun tiada siapa pun yang mendengar derap langkahku hatta hembus nafasku tatkala jantungku masih rapi berdegup.

Dan jika Dia mengizinkan, aku mahu menjadi seseorang itu. Seseorang buat seseorang yang lain. Seseorang itu yang bukan lagi mampu bergerak ke sana dan ke mari apabila dihembus angin.

#gadismonolog #bethebestversionofme #semogaAllahredha

Wednesday 2 November 2016

CERITA MANUSIA

Bismillahirrahmanirrahim...

Today is 2nd Of November 2016 and yeah it's been a long time tak buka blog.

Selepas satu-satu masalah, ujian silih berganti. Terlalu banyak untuk diceritakan tapi itulah, sampai tak mampu nak cerita haha. Biarkanlah ia jadi rahsia sendiri, jadi inspirasi dan kekuatan sendiri. Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Kadangkan, rasa dah penat sangat, rasa dah tepu, rasa dah malas nak ambil tahu pasal orang kata itu ini sebab pada akhirnya diri sendiri yang perlu merawat semua luka-luka tadi. Sebab itulah aku pernah kata, manusia hanya tahu memberi luka tapi tidak pernah tahu untuk merawatnya.

Manusia, bila nampak satu kesalahan kita 99 kebaikan kita dilupakannya. Sampai satu tahap, aku fikir aku tak perlu pun nak jaga perasaan orang sampai perasaan sendiri terluka. But at the same time, aku fikir aku perlu memaafkan orang demi ketenangan hati sendiri. Nah, dilema.

Itulah kehidupan. Semakin meningkat dewasa, macam-macam kena hadap-- masalah cinta, masalah keluarga, masalah kawan, masalah hati. Tapi syukurlah, Allah masih beri kekuatan untuk hadapinya. Sebab itulah, aku mendidik diri untuk sentiasa positif walaupun kadang tersungkur juga-- makan hati dengan manusia.

And from now on, perlu sentiasa berhati-hati dalam memilih kawan (ingatan untuk semua). Satu pesan aku, rambut semua sama hitam tapi hati kita lain-lain. Tak kiralah luar nampak baik -- berserban, berniqab, bertudung labuh atau tidak. Hati-hati. Jangan bersangka buruk cuma berjaga-jaga if nak share apa-apa cerita. we do not know their intention right.

Salam sayang untuk semua.

#lifemustgoon #bestrongdearself #behappy

Sunday 6 March 2016

KERANA DIA MAHA TAHU

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah 'ala kulli hal. Akhirnya, tamatlah sebuah penantian selama dua tahun bertungkus lumus belajar, berbaldi-baldi air mata dicurahkan, dan pelbagai memori yang tercipta-- hanya dua tahun. Dan berakhir sudahlah zaman persekolahan yang mana telah mengajar aku bermacam-macam benda.

Bercakap soal result. Syukurlah, walaupun tidak seperti yang dihajatkan. Satu angka yang tidak pernah terlintas di fikiran, tidak pernah disangka-sangka. Tipulah kalau tak sedih-- terima seadanya. Bila sesuatu yang kita harapkan tidak terjadi, saat itu hati seolah-olah mahu terjun keluar dari tempatnya. Tiada kata untuk diungkapkan melainkan hanya mampu menitiskan air mata.

Di sebalik kain hitam ini, ingin saja mahu menangis di situ. Tapi, mungkin aku sudah lama persiapkan diri agar menerima dengan hati yang lapang walau apa jua yang bakal berlaku.
Dan, Alhamdulillah Tuhan makbulkan. Aku tersenyum sendiri, inilah hadiah Tuhan buat aku-- ujian istimewa.

Malu? Tipulah kalau tak malu. Tapi untuk apa? Tak redhakah aku dengan keputusan Tuhan? Bukan. Tapi manusia terlalu menilai seseorang berdasarkan sehelai kertas yang tidak menjanjikan apa-apa bilamana kita semua akan pasti pulang kepadaNya. Syukurlah, masih punya rezeki untuk aku sambung belajar lagi walaupun keputusan yang tidak membanggakan.

Maafkan aku mama,abah kerana tidak dapat memenuhi impian kalian. Aku juga tidak pinta seperti ini. Tiada siapa yang tidak mahu berjaya. Inilah rezeki aku saat ini. Maka, aku bersyukur. Kerana mungkin di luar sana, masih ramai yang bersedih daripada aku. Masih ramai yang tidak nampak hikmahnya Dia dalam merencanakan semua ini.

Dahlah, masih jauh perjalanan aku. Tidak perlu lagi menoleh ke belakang. Di depan masih terlalu banyak duri di sepanjang perjalanan. Focus dan pastikan selamat tiba ke destinasi yang sebenar-- dan pastinya akhirat itu tempat tinggal abadi.

La tahzan, kerana Dia Maha Tahu.

#redha #esokmasihada #janganbersedih