Sunday 6 March 2016

KERANA DIA MAHA TAHU

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah 'ala kulli hal. Akhirnya, tamatlah sebuah penantian selama dua tahun bertungkus lumus belajar, berbaldi-baldi air mata dicurahkan, dan pelbagai memori yang tercipta-- hanya dua tahun. Dan berakhir sudahlah zaman persekolahan yang mana telah mengajar aku bermacam-macam benda.

Bercakap soal result. Syukurlah, walaupun tidak seperti yang dihajatkan. Satu angka yang tidak pernah terlintas di fikiran, tidak pernah disangka-sangka. Tipulah kalau tak sedih-- terima seadanya. Bila sesuatu yang kita harapkan tidak terjadi, saat itu hati seolah-olah mahu terjun keluar dari tempatnya. Tiada kata untuk diungkapkan melainkan hanya mampu menitiskan air mata.

Di sebalik kain hitam ini, ingin saja mahu menangis di situ. Tapi, mungkin aku sudah lama persiapkan diri agar menerima dengan hati yang lapang walau apa jua yang bakal berlaku.
Dan, Alhamdulillah Tuhan makbulkan. Aku tersenyum sendiri, inilah hadiah Tuhan buat aku-- ujian istimewa.

Malu? Tipulah kalau tak malu. Tapi untuk apa? Tak redhakah aku dengan keputusan Tuhan? Bukan. Tapi manusia terlalu menilai seseorang berdasarkan sehelai kertas yang tidak menjanjikan apa-apa bilamana kita semua akan pasti pulang kepadaNya. Syukurlah, masih punya rezeki untuk aku sambung belajar lagi walaupun keputusan yang tidak membanggakan.

Maafkan aku mama,abah kerana tidak dapat memenuhi impian kalian. Aku juga tidak pinta seperti ini. Tiada siapa yang tidak mahu berjaya. Inilah rezeki aku saat ini. Maka, aku bersyukur. Kerana mungkin di luar sana, masih ramai yang bersedih daripada aku. Masih ramai yang tidak nampak hikmahnya Dia dalam merencanakan semua ini.

Dahlah, masih jauh perjalanan aku. Tidak perlu lagi menoleh ke belakang. Di depan masih terlalu banyak duri di sepanjang perjalanan. Focus dan pastikan selamat tiba ke destinasi yang sebenar-- dan pastinya akhirat itu tempat tinggal abadi.

La tahzan, kerana Dia Maha Tahu.

#redha #esokmasihada #janganbersedih


1 comment:

  1. kuatlah wan nur jihan nadia!

    InsyaAllah. Kejayaan bukan atas slip. Ilmu bukan diukur dengan gred~

    teruskan melangkah dan berlari!

    ReplyDelete