Bismillahirrahmanirrahim...
Yang senipis kertas atau mungkin nipis lagi, yang diantaranya ada sebuah kesan. Nyawa hati belum kembali pulih setelah dia habis-habisan dilukai oleh manusia. Kamu boleh kata aku pengecut dan penakut, tapi ini hanyalah untuk melindungi hati yang terlalu sering memberi hingga akhirnya, dipulangkan semula dalam keadaan yang penuh kesan luka.
Dulu...
Bahagia begitu mudah untuk dimiliki. Namun,sejak air mata menjadi saksi kelukaan pada hati, percaya aku mulai berkurang. Aku sangka kamu ditakdirkan untuk membahagiakan tapi nyatanya meremukkan.
Sekarang...
Bukannya aku mahu meletakkan seribu satu mangga pada hati ini, tapi aku perlu membersihkan ruang hati dengan kesan luka yang kamu tinggalkan. Aku tidak ingin salah langkah lagi. Kerana pernah bahagia dulu membuat aku begitu terluka. Untuk sembuh, perlu waktu yang sangat lama, perlu merangkak seorang diri, menelan pil kenyataan yang begitu pahit dan harus sedar bahawa satu-satunya hal yang boleh dilakukan adalah--menerima takdir.
Kali ini...
Aku harap ada hati yang benar-benar ingin bahagia. Aku perlu memastikan bahawa sekalipun bahagia baru mula mengetuk pintu hati ini,ianya bukanlah satu ketukan yang penuh sandiwara.
Jika belum diberikan bahagia, beerti kita masih dipersiapkan. Bukan beerti saat kita sedang menunggu yang terbaik, kita kena berhenti berusaha menjadi yang terbaik.
Terima dan percayalah, bahawa segalanya akan baik-baik sahaja. Kerana mungkin, di saat kita tidak lagi mencari, tidak lagi mengharapkan terlalu banyak, Tuhan akan temukan si dia untuk kita. Allah's timing is perfect. Maka bersedialah!
#jodohberdua #gadismonolog #hatisado
ajib
ReplyDeleteajib
ReplyDelete