Thursday 1 June 2017

HELLO I'M HERE!

Bismillahirrahmanirrahim...

Hye readers. Its about 6 months tak update blog. Well, kalau di universiti memang tak sempat langsung nak buka blog sebab berkira-kira untuk menggunakan data. Lagi lama fikir nak taip apa, data pula makin habis. Haha student life kena banyak berjimat kan.

Terlalu banyak benda berlaku dalam masa setahun. Entahlah nak cakap semakin kuat atau semakin lembik? Semakin matang atau semakin prejudis? Semakin positif atau semakin negatif? Hmm. Yang aku tahu, semakin banyak ujian, semakin dekat dengan Tuhan. Semoga juga semakin baik dari semalam.

12 May 2017, Tarikh paling keramat untuk tahun 2017. Alhamdulillah syukur. Its my birthday and my final result for semester 2. Tak tahu nak percaya ke just nak anggap ini hanyalah mimpi semata. Siapa tak happy and in the same time cuak gila kot nak tahu result! Alhamdulillah again, atas segala doa dan kata-kata semangat selama semester 2 lepas. Syukur, kejayaan yang Allah bagi bukan atas usaha aku semata. Yeah, like a previous post kan, rasa terbalas semula kegagalan aku yang lepas-lepas. Apa yang penting, aku puas dan my parents bahagia.

27 May 2017, Alhamdulillah dapat lagi berjumpa dengan bulan Ramadhan. Satu nikmat yang sangat besar bagi umat islam. Hari ini dah hari ke-6 Ramadhan. Siapa yang dah ponteng terawih itu memang rugi lah bagi aku sebab sebulan saja kita bertemu Ramadhan kot. Why not gunakan sebaik mungkin? Walaupun ia sekadar solat sunat. Banyak kebaikan yang kita tak nampak thats why suka-suka ponteng terawih. Ini dah nak habis 10 malam awal, agaknya 10 malam pertengahan ramai lagi ke berkunjung ke rumah Allah? Hehe.

And how time flies, today is already 1st Of June 2017. Dah setengah tahun 2017 guys! Bila fikir balik, apa aku buat dalam hidup ini. Macam kosong je. Semoga sempatlah kita bertaubat sebelum menghadap Tuhan. Sepanjang bulan Ramadhan ini, bagi aku sangatlah bulan yang baik untuk didik diri bersihkan hati kita and perbetulkan amalan serta akhlak kita. Tak kiralah in real life and social media. Seriously, masalah hati sangat banyak kot sekarang.

Ramai yang menegur aku, Alhamdulillah aku berlapang dada menerimanya. Tapi cara menegur itu aku tak pasti nak tegur ke nak sindir? Haha. Apa pun, thank you so much for everything. Sama ada kalian lovers aku or haters aku, don't worry I still love you. Aku tak ada nak dendam or pendam apa-apa sebab di akhirat sana bukan senang. Maafkan aku kerana tak dapat nak puaskan hati semua sebab aku adalah aku--manusia yang banyak dosa. But, inshaa Allah aku cuba ubah mana boleh ubah. Cuma satu pesan aku, If you don't know anything about my life, please don't simply judge or cakap apa-apa. Lets take care of ourselves and make an improvement. Lets share the good things and be nice to people.

Happy fasting, semoga ibadah kita diterima. And istiqomah!

#bulanmulia #cakapyangbaikbaik #doayangbaikbaik

No comments:

Post a Comment