Sunday 29 July 2018

ASK YOURSELF, WHY?

Bismillahirrahmanirrahim...

Hey wassup guys long time no see.
Sorry sangat dah lama tak update blog sebab I have no time and of course I malas gila kot hahaha.

If nak cerita one by one pasal life aku, sorry nothing interesting sebab banyak benda sedih yang berlaku this year so I decided to keep the story for myself and orang-orang yang terpilih sahaja. Well, tak semua orang perlu tahu and kalau you alls tahu pun, tak semua akan faham what I have been through. So, tutup cerita. Kita cerita pasal benda lain. Hehe.

Last month, aku ada buat acccount for sarahah.com but aku dah delete because there are a lot of negative questions and sindiran yang menyakitkan hati. But ada a few questions yang aku perlu jawab kat sini. Kesian pada yang bertanya kalau tak jawab, maybe they really need my answer. If you are reading this, here we go.

"Macam mana nak istiqomah dalam penghijrahan"

Dear, keep in mind istiqomah ini susah sangat if diri sendiri tak push and mempunyai hati yang kuat untuk teruskan benda yang baik yang mana ramai orang tak buat benda itu and kita sorang saja yang nak berubah. Betul tak? So, what I did is first thing first, every single day kita kena betulkan niat kenapa kita nak berubah. Ask yourself, you hijrah for the sake of Allah or for the sake of people around you? Bila niat kita kerana Allah swt, datanglah ujian macam mana sekalipun inshaa Allah you akan terus lakukan apa yang sedang you lakukan sekarang such as tutup aurat, jaga solat awal waktu, baca quran and etc.

Don't you ever mudah terikut orang. Kuatkan semangat you dengan pergi majlis ilmu. Dekat dengan kawan-kawan yang sama dengan you which means yang sedang berhijrah and also orang-orang yang baik. Friends yang awalys support you. Family yang always doakan you. Selalu doa pada Allah swt supaya you diberikan kekuatan and Allah tunjukkan jalan yang Dia redha ke atas diri you. Please, bila you rasa nak berubah itulah hidayah Allah swt. Jangan lepaskan peluang itu! Usaha and teruskan ubah apa yang perlu kita ubah walaupun memang manusia akan hentam, kecam, cakap macam-macam pada kita. Mulut puaka manusia kita tak boleh nak tutup. Biarkan mereka terus berkata dan bersangka buruk. Hidup kita, kita jaga baik-baik. Jangan dengar kata-kata mereka yang jahat dan busuk hati.

You tanya lah pada sesiapa pun, macam mana nak istiqomah tapi kalau diri sendiri tak usaha, useless. I tell you, jihad yang paling susah adalah jihad menentang hawa nafsu sendiri. So, jangan lemah semangat. Kalau rasa hari ini nak give up, fikir balik why you nak berubah at the first place? Is it because :

"Aku dah taknak hidup dalam kejahilan. Allah swt detikkan dalam hati aku untuk berubah so aku perlu grab peluang ini. Aku nak cuba ubah hidup aku. Dunia ini sekejap je, sempat ke aku nak berubah kalau sekarang aku tangguh-tangguh?"

Or

"Aku saja je nak try sebab fesyen. Aku jadi ustaz/ustazah dalam media sosial so that orang hormat pada aku. Aku nak tunjuk pada semua yang aku ini ada ilmu agama (padahal solat entah ke mana, subuh gajah, baca Al-Fatihah pun tunggang terbalik)"

Aku selalu pesan pada diri sendiri, pupuk ikhlas dalam hati. Nak buat amalan apa-apa rujuk pada yang ahli nya. Rujuk ustaz/ustazah yang betul dan arif dalam bab agama terutamanya bila berkaitan soal aqidah. Dan nak buat apa-apa, jangan nak menunjuk pada orang. Hmmm. Risau, penyakit hati ini boleh memakan amalan kita.

Chill. Semoga bermanfaat :)

#istiqomah #ikhlaskanhati #janganriak

No comments:

Post a Comment