Sunday 13 November 2016

BE REAL. BE TRUE. BE YOU.

Bismillahirrahmanirrahim...

Seseorang itu...

Aku mahu menjadi seseorang;

Seseorang yang mampu tersenyum tatkala ujian menikam. Agar mereka yang lain mampu mengerti bahawa indahnya senyuman disaat teruji.

Seseorang yang masih bersyukur biarpun dihimpit kekurangan. Kerana aku mahu mereka merasai nikmatnya ketenangan dalam kesederhanaan.

Seseorang yang mampu memberi apapun. Meskipun hanya secebis harapan dan senyuman. Kerana aku mengerti bahawa manusia seperti juga aku, menagih sebuah harapan dan semangat dalam menuju sebuah impian.

Seseorang yang layak mengasihi, menyayangi apapun ada disekelilingku. Jika aku dibenci kerana aku tahu bahawa kasih sayang adalah nadi untuk mereka terus melangkah.

Seorang sahabat buat sahabatnya yang lain. Seorang sahabat yang mampu menilik 1001 rahsia kedukaan yang dipendam disebalik kerlipan redup matanya tatkala sahabatnya tak mampu bersuara dan boleh mendengar bisikan hati tatkala sahabatnya tak mampu berbicara walau sebaris kata.

Seorang hamba yang sentiasa merasa hina di hadapan TuhanNya. Seseorang yang tidak lokek mengalirkan air mata di atas tikar keinsafan. Seorang hamba yang tak akan pernah takut untuk kehilangan apa kerana TuhanNya. Seseorang yang bila matinya nanti, mampu menghidupkan jiwa mereka yang masih hidup.

Dan, seseorang yang Dia kenali meskipun tiada siapa pun yang mendengar derap langkahku hatta hembus nafasku tatkala jantungku masih rapi berdegup.

Dan jika Dia mengizinkan, aku mahu menjadi seseorang itu. Seseorang buat seseorang yang lain. Seseorang itu yang bukan lagi mampu bergerak ke sana dan ke mari apabila dihembus angin.

#gadismonolog #bethebestversionofme #semogaAllahredha

No comments:

Post a Comment